Pendawaian Tersembunyi!

post3

Penambahan Pendawaian tersembunyi harus di ketahui oleh “Installer” agar ia tidak terkena mata gerudi semasa membuat pemasangan kabinet kelak. Site supervisor harus memaklumkan pada installer laluan kabel tersembunyi. Perkara tersebut boleh dikenal pasti dengan bertanya pada pendawai elektik (wireman) atau bertanya pada tuan rumah. Salah satu cara yang terbaik adalah mengambil gambar laluan kabel pendawaian seperti rajah di bawah.

Customer: En.Syahrul Hafiz, Seksyen 5 Bangi

Oh Inlet & Outlet…

Inlet- saluran air paip yang di sambungkan ke pili.
Outlet- Saluran pembuangan air dari takungan sink.
Ukuran wajib diambil untuk pemasangan yang sempurna iaitu
bagi outlet, ianya akan memudahkan pemasangan bottle trap.

post2_2 post2_1

Kedudukan Inlet/outlet:
✔ Inlet – saiz kertinggian dari lantai untuk base mounted adalah 450mm – 600mm
✔ Inlet – saiz ketinggian point wall mounted adalah > 900mm
✔ Outlet – Ketinggian untuk saluran outlet adalah maximum 450mm

Customer: En Syahrul Hafiz, Seksyen 5, Bangi.

Jangan Jadi Macam Ni!

DAH PASANG TAPI TAK BOLEH GUNA!

PERKARA YANG HARUS DIAMBIL TAHU SEBELUM MEMILIH – Multi purpose Rack

rack3Pemilihan aksesori mestilah bersesuaian dengan tujuan kegunaannya. Designer perlu memberitahu pelanggan kesesuain pemilihan sesuatu aksesori agar ianya dapat digunakan dengan betul. seperti contoh di bawah, aksesori yang telah di pasang adalah tidak bersesuaian kerana rak pinggan tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya.
Pemilihan rak yang tidak melibatkan tempat menyusun pinggan di bahagian atas dapat menyelesaikan masalah tersebut. rack2 rack1